18 August 2016

LINUS 2.0: PENGAMBILAN INSTRUMEN SARINGAN KHAS 2 (BERTULIS) BAGI PROGRAM LITERASI BAHASA INGGERIS TAHUN 4, 2016

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah,Daerah Hilir Perak
(Senarai sekolah terlibat, sila lihat Lampiran 1)      

Tuan/Puan,

LINUS 2.0:  PENGAMBILAN INSTRUMEN SARINGAN KHAS 2 (BERTULIS)  BAGI PROGRAM  LITERASI BAHASA INGGERIS TAHUN 4,  2016

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.    Sehubungan itu juga, mohon  seorang  Guru Bahasa Inggeris Tahun 4 sekolah-sekolah yang berkenaan untuk hadir pada ketetapan berikut:

            TARIKH:    19 OGOS 2016
            HARI :        JUMAAT
            MASA:        3.00 petang
            TEMPAT:    DEWAN ALAMANDA PPD HILIR PERAK

3.    Tempoh Saringan Khas 1 Literasi Bahasa Inggeris yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut:
            4.1 Tempoh Saringan Bertulis   :     22 Ogos hingga 26 Ogos 2016
            4.2 Tempoh  Memasukkan data :     29 Ogos hingga 2 September 2016

           *Tempoh masa Saringan ini hendaklah dipatuhi

4.    Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, sila hubungi En Navin Dave a/l Sreenivasan, Pegawai Fasilinus Literasi Bahasa Inggeris di talian 017 5137478
         
Kerjasama dan tindakan daripada pihak tuan berhubung perkara di atas didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.



LAMPIRAN :
1. Surat Makluman
2. Lampiran sekolah terlibat

0 Komen:

Post a Comment