PROGRAM LINEX ( LINUS EXCELLENT )

DIDIK HIBUR DI DALAM KELAS PEMULIHAN

KEMAHIRAN ABAD KE-21

TAKLIMAT SARINGAN

PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

28 July 2016

PELAKSANAAN SARINGAN 2 LINUS2.0 BAGI LITERASI BAHASA MELAYU, LITERASI BAHASA INGGERIS DAN NUMERASI BAGI TAHUN 2016

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak

Tuan,

PELAKSANAAN SARINGAN 2 LINUS2.0 BAGI LITERASI BAHASA MELAYU, LITERASI BAHASA INGGERIS DAN NUMERASI BAGI TAHUN 2016

Perkara di atas adalah dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.

2. Bersama-sama ini dilampirkan surat Kementerian Pendidikan Malaysia rujukan KP.LP.007.03.6(2) bertarikh 18 Julai 2016 untuk makluman dan tindakan tuan.

3. Panduan pentadbiran dan instrumen saringan 2 LINUS2.0 telah di hantar melalui emel moe/1bestarinet ke sekolah masing-masing (KODSEKOLAH@moe.edu.my)/ (KODSEKOLAH@1bestarinet.yes.my). Sekiranya masih belom terima, sila hubungi Pegawai Fasilinus mengikut sekolah kawalan masing-masing.

4.  Sebarang pertanyaan sila hubungi Fasilinus matapelajaran masing-masing.

Sekian, terima kasih.

* BAHAN LAMPIRAN EMEL :
1. Surat arahan pelaksanaan KPM
2. Instrumen Numerasi
3. Instrumen LBM
4. Instrumen LBI
5. Target KPI Daerah
6. Panduan Penyediaan Bahan Saringan Numerasi

21 July 2016

BENGKEL PERSEDIAAN PELAKSANAAN SARINGAN 2 NUMERASI DAERAH HILIR PERAK 2016

Sekolah-Sekolah Rendah
Daerah Hilir Perak

Tuan,

BENGKEL PERSEDIAAN PELAKSANAAN SARINGAN 2 NUMERASI DAERAH HILIR PERAK

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.     Dengan ini dimaklumkan bahawa Fasilinus Numerasi, Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak akan menganjurkan sesi Bengkel Persediaan Pelaksanaan Saringan Dua Numerasi. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta maklumat berkaitan prosedur dan tatacara pelaksanaan saringan Linus2.0.

3.     Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk membenarkan

3.1 Seorang guru matematik tahap 1 atau
3.2 Seorang Guru matematik tahap 1 yang belum pernah menjalankan saringan Linus

untuk hadir dalam taklimat tersebut yang akan diadakan seperti ketetapan dalam lampiran

4.     Pegawai tuan layak membuat tuntutan perjalanan mengikut pekeliling sedang berkuat kuasa sekarang. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Muhammad Fadzli bin Mat Zain (Pegawai Fasilinus Numerasi) di talian 013-5154850 atau 05-6221970 sambungan 150.

Kerjasama tuan sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

MUAT TURUN : Surat Panggilan Bengkel

20 July 2016

LINUS 2.0: TINDAKAN DAN PERSEDIAAN SEKOLAH UNTUK SARINGAN 2 LITERASI & NUMERASI, TAHUN 2016

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah
Daerah Hilir Perak
               
Tuan/Puan,

LINUS 2.0:  TINDAKAN DAN PERSEDIAAN SEKOLAH UNTUK SARINGAN 2 LITERASI & NUMERASI, TAHUN 2016

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2.    Tarikh Saringan 2 Linus.2.0 untuk Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 bagi Literasi Bahasa Melayu, Numerasi,  Literasi Bahasa Inggeris dan Saringan Khas 2 Literasi Bahasa Inggeris Tahun 4,  adalah seperti berikut:
    2.1  Tempoh Saringan Membaca:    01 Ogos          hingga 30 Ogos 2016
     2.2 Tempoh Saringan Bertulis   :    19 September hingga 30 September 2016
    2.3 Tempoh  Memasukkan data :    02 Oktober      hingga 14 Oktober 2016
    2.4  Saringan Khas 2 Literasi Bahasa Inggeris Tahun 4:
        2.4.1    Saringan Lisan :     14 -19 Ogos 2016
        2.4.2    Saringan Bertulis :     21 – 26 Ogos 2016
        2.4.3    Memasukkan Data:     28 Ogos – 2 Sept. 2016
         
3.    Mohon pihak  tuan/puan untuk mengambil tindakan-tindakan berikut:
    3.1    Surat makluman kepada ibu bapa dan  penjaga supaya murid-murid  hadir sepanjang tempoh Saringan.
    3.2    Mengadakan perjumpaan bersama JK Linus  sekolah dan Post Mortem Saringan 1.
    3.3    Menggunakan Istrumen Saringan yang lalu sebagai latihan persediaan terutama murid Tahun1 dan Tahun 2 subjek Bahasa Melayu dan Matematik.
    3.4    Menggunakan Target Pencapaian Saringan  2  (Muat turun di linushilirperak2.blogspot.my) untuk  tindakan sekolah.
4.    Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, sila hubungi En Abdul Nasser b. Abdul Majeed , Fasilinus PPD Hilir Perak di talian 0195704567
        
Kerjasama dan tindakan daripada pihak tuan berhubung perkara di atas didahului dengan ucapan terima kasih.

MUAT TURUN : SURAT MAKLUMAN