Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah
Daerah Hilir Perak
Tuan/Puan,
LINUS 2.0: TINDAKAN DAN PERSEDIAAN SEKOLAH UNTUK SARINGAN 2 LITERASI & NUMERASI, TAHUN 2016
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2. Tarikh Saringan 2 Linus.2.0 untuk Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3
bagi Literasi Bahasa Melayu, Numerasi, Literasi Bahasa Inggeris dan
Saringan Khas 2 Literasi Bahasa Inggeris Tahun 4, adalah seperti
berikut:
2.1 Tempoh Saringan Membaca: 01 Ogos hingga 30 Ogos 2016
2.2 Tempoh Saringan Bertulis : 19 September hingga 30 September 2016
2.3 Tempoh Memasukkan data : 02 Oktober hingga 14 Oktober 2016
2.4 Saringan Khas 2 Literasi Bahasa Inggeris Tahun 4:
2.4.1 Saringan Lisan : 14 -19 Ogos 2016
2.4.2 Saringan Bertulis : 21 – 26 Ogos 2016
2.4.3 Memasukkan Data: 28 Ogos – 2 Sept. 2016
3. Mohon pihak tuan/puan untuk mengambil tindakan-tindakan berikut:
3.1 Surat makluman kepada ibu bapa dan penjaga supaya murid-murid hadir sepanjang tempoh Saringan.
3.2 Mengadakan perjumpaan bersama JK Linus sekolah dan Post Mortem Saringan 1.
3.3 Menggunakan Istrumen Saringan yang lalu sebagai latihan
persediaan terutama murid Tahun1 dan Tahun 2 subjek Bahasa Melayu dan
Matematik.
3.4 Menggunakan Target Pencapaian Saringan 2 (Muat turun di linushilirperak2.blogspot.my) untuk tindakan sekolah.
4. Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, sila hubungi En
Abdul Nasser b. Abdul Majeed , Fasilinus PPD Hilir Perak di talian
0195704567
Kerjasama dan tindakan daripada pihak tuan berhubung perkara di atas didahului dengan ucapan terima kasih.
MUAT TURUN : SURAT MAKLUMAN
0 Komen:
Post a Comment