Sekolah-Sekolah Rendah
Daerah Hilir Perak
Tuan,
BENGKEL PERSEDIAAN PELAKSANAAN SARINGAN 2 NUMERASI DAERAH HILIR PERAK
Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2. Dengan ini dimaklumkan bahawa Fasilinus Numerasi, Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak akan menganjurkan sesi Bengkel Persediaan Pelaksanaan Saringan Dua Numerasi. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta maklumat berkaitan prosedur dan tatacara pelaksanaan saringan Linus2.0.
3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk membenarkan
3.1 Seorang guru matematik tahap 1 atau
3.2 Seorang Guru matematik tahap 1 yang belum pernah menjalankan saringan Linus
untuk hadir dalam taklimat tersebut yang akan diadakan seperti ketetapan dalam lampiran
4. Pegawai tuan layak membuat tuntutan perjalanan mengikut pekeliling sedang berkuat kuasa sekarang. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Muhammad Fadzli bin Mat Zain (Pegawai Fasilinus Numerasi) di talian 013-5154850 atau 05-6221970 sambungan 150.
Kerjasama tuan sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
MUAT TURUN : Surat Panggilan Bengkel
0 Komen:
Post a Comment