PROGRAM LINEX ( LINUS EXCELLENT )

DIDIK HIBUR DI DALAM KELAS PEMULIHAN

KEMAHIRAN ABAD KE-21

TAKLIMAT SARINGAN

PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

06 October 2016

BENGKEL VERIFIKASI DATA LINUS 2.0 SARINGAN 2 LITERASI BAHASA MELAYU, NUMERASI DAN LITERASI BAHASA INGGERIS TAHUN 1 ,2 DAN 3 -2016 DAERAH HILIR PERAK

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah
Daerah Hilir Perak

Tuan,

BENGKEL VERIFIKASI DATA LINUS 2.0 SARINGAN 2 LITERASI BAHASA MELAYU, NUMERASI  DAN LITERASI  BAHASA INGGERIS TAHUN 1 ,2 DAN 3 -2016 DAERAH HILIR PERAK
   
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.    Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama seorang   Guru Penyelaras Linus sekolah tuan untuk hadir ke bengkel verifikasi Data Linus Saringan 2 mengikut ketetapan dalam surat panggilan PPD Hilir Perak rujukan PPD.H.PK.10/03/Jld.2(89) bertarikh 5 Oktober 2016.

3. Sila muat turun  Fail Maklumat Verifikasi Linus dan surat makluman di ruangan lampiran di bawah.

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN :
1. Surat panggilan verifikasi
2. Bahan Maklumat Verifikasi



INSTRUMEN SARINGAN 2 TAHUN 2016

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak

INSTRUMEN SARINGAN 2 LINUS2.0 TAHUN 2016

Bersama ini dilampirkan instrumen saringan 2 tahun 2016 untuk tujuan rujukan dan simpanan pihak tuan.

Instrumen ini boleh di cetak dan dijadikan rujukan dan latihan muid linus dan sebagai koleksi instrumen saringan linus di sekolah.

Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN :

1. INSTRUMEN MEMBACA SARINGAN 2 2016 _ LBM
2. INSTRUMEN MEMBACA SARINGAN 2 2016 _ LBI
3. INSTRUMEN MEMBACA SARINGAN 2 2016 _ NUMERASI
4. INSTRUMEN BERTULIS SARINGAN 2 2016_ LBM
5. INSTRUMEN BERTULIS SARINGAN 2 2016_ LBI
6. INSTRUMEN BERTULIS SARINGAN 2 2016_NUMERASI


05 September 2016

TAKLIMAT PENTADBIRAN SARINGAN DAN PENGAMBILAN INSTRUMEN SARINGAN 2 (BERTULIS) LITERASI BAHASA MELAYU, LITERASI BAHASA INGGERIS, NUMERASI

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah,
Daerah Hilir Perak
              
Tuan/Puan,

LINUS 2.0: TAKLIMAT PENTADBIRAN SARINGAN DAN PENGAMBILAN INSTRUMEN SARINGAN  2 (BERTULIS) LITERASI BAHASA MELAYU, LITERASI BAHASA INGGERIS, NUMERASI TAHUN 1, TAHUN 2, TAHUN 3;    2016

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2.    Sehubungan itu juga, mohon  seorang  Guru Bahasa Melayu Tahun 3  untuk hadir pada ketetapan berikut:
            TARIKH:    8 SEPTEMBER 2016
            HARI :        KHAMIS
            MASA:        2.30 petang
            TEMPAT:    DEWAN ALAMANDA PPD HILIR PERAK

3.    Tuan/Puan juga  dikehendaki memuat turun  Surat Arahan Pelaksanaan Saringan 2 Linus 2.0 Literasi Bahasa Melayu, Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi 2016 bertarikh 18 Julai 2016,  No. Ruj. KP.LP.007.03.6 (02) di Portal Linus Hilir Perak 2.

4.    Tempoh Saringan Bertulis yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut:
                        4.1 Tempoh Saringan Bertulis   :     18 hingga  30 September 2016
            4.2 Tempoh  Memasukkan data :     02 hingga 14 Oktober 2016
                           *Tempoh masa Saringan ini hendaklah dipatuhi
5.    Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, sila hubungi En Ahmad Nazamudin b. Abi Madian, Pegawai Fasilinus Numerasi di talian 013 4895411
Kerjasama dan tindakan daripada pihak tuan berhubung perkara di atas didahului dengan ucapan terima kasih.

LAMPIRAN :

1. SURAT PANGGILAN TAKLIMAT
2. SURAT MAKLUMAN PELAKSANAAN SARINGAN 2 2016

18 August 2016

LINUS 2.0: PENGAMBILAN INSTRUMEN SARINGAN KHAS 2 (BERTULIS) BAGI PROGRAM LITERASI BAHASA INGGERIS TAHUN 4, 2016

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah,Daerah Hilir Perak
(Senarai sekolah terlibat, sila lihat Lampiran 1)      

Tuan/Puan,

LINUS 2.0:  PENGAMBILAN INSTRUMEN SARINGAN KHAS 2 (BERTULIS)  BAGI PROGRAM  LITERASI BAHASA INGGERIS TAHUN 4,  2016

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.    Sehubungan itu juga, mohon  seorang  Guru Bahasa Inggeris Tahun 4 sekolah-sekolah yang berkenaan untuk hadir pada ketetapan berikut:

            TARIKH:    19 OGOS 2016
            HARI :        JUMAAT
            MASA:        3.00 petang
            TEMPAT:    DEWAN ALAMANDA PPD HILIR PERAK

3.    Tempoh Saringan Khas 1 Literasi Bahasa Inggeris yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut:
            4.1 Tempoh Saringan Bertulis   :     22 Ogos hingga 26 Ogos 2016
            4.2 Tempoh  Memasukkan data :     29 Ogos hingga 2 September 2016

           *Tempoh masa Saringan ini hendaklah dipatuhi

4.    Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, sila hubungi En Navin Dave a/l Sreenivasan, Pegawai Fasilinus Literasi Bahasa Inggeris di talian 017 5137478
         
Kerjasama dan tindakan daripada pihak tuan berhubung perkara di atas didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.



LAMPIRAN :
1. Surat Makluman
2. Lampiran sekolah terlibat

12 August 2016

LINUS2.0 PELAKSANAAN SARINGAN KHAS (MEMBACA) BAGI PROGRAM LITERASI BAHASA INGGERIS TAHUN 4, 2016

Guru Besar
Sekolah-Sekolah berkenaan.
(Seperti Lampiran)

LINUS2.0 PELAKSANAAN SARINGAN KHAS (MEMBACA) BAGI PROGRAM LITERASI BAHASA INGGERIS TAHUN 4, 2016

Perkara di atas adalah dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.

2. Bersama ini dilampirkan surat Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak PPD.HPK.09/02/03/Jld.4 (  ) bertarikh 10 Ogos 2016 untuk rujukan tuan.

3. Sila muat turun Manual pentadbiran, instrumen saringan khas 2 dan surat arahan pelaksanaan saringan di lampiran atau sila muat turun di Blog fasilinus hilir perak linushilirperak2.blogspot.my

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN :
1. Senarai Sekolah terlibat
2. Surat Pelaksanaan Saringan
3. Manual Pentadbiran SK2 BI T4
4. Instrumen Saringan Lisan SK2 BI T4

08 August 2016

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PEMULIHAN BAHASA INGGERIS BAGI GURU-GURU BAHASA INGGERIS TAHUN 2 2016 DAERAH HILIR PERAK

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah
Daerah Hilir Perak

Tuan,

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PEMULIHAN BAHASA INGGERIS BAGI GURU-GURU BAHASA INGGERIS TAHUN 2 2016 DAERAH HILIR PERAK
Perkara di atas adalah dirujuk untuk makluman dan tindakan pihak tuan.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru,bersama-sama Jabatan Pendidikan Negeri Perak akan mengadakan kursus di atas seperti ketetapan berikut:

                        Tarikh            : 10 Ogos 2016 dan 11 Ogos 2016

                        Hari                : Rabu dan Khamis
                        Masa              : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

                                             Tempat         : SK Seri Intan & PPD Cawangan Teluk Intan

Kumpulan 1 - Pendaftaran & Tempat Kursus (Bilik Teratai, PPD Cawangan)
Kumpulan 2- Pendaftaran & Tempat Kursus (Bilik Mesyuarat, SK Seri Intan)
Kumpulan 3- Pendaftaran & Tempat Kursus (Dewan Cempaka, PPD Cawangan)
(Sila muat turun lampiran 1 & lampiran 2, jadual kursus beserta surat panggilan kursus guru untuk tujuan tuntutan perjalanan)

3.         Sehubungan itu,mohon kerjasama tuan untuk memberikan pelepasan kepada seorang guru Bahasa Inggeris Tahun 2 dari sekolah tuan hadir ke kursus tersebut.
4.         Sebarang pertanyaan, sila hubungi En.Navin Dave Sreenivasan, Fasilinus Literasi Bahasa Inggeris di talian 0175137478. Kerjasama pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Attachments:
1. Surat JPN
2. Bahan lampiran

28 July 2016

PELAKSANAAN SARINGAN 2 LINUS2.0 BAGI LITERASI BAHASA MELAYU, LITERASI BAHASA INGGERIS DAN NUMERASI BAGI TAHUN 2016

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak

Tuan,

PELAKSANAAN SARINGAN 2 LINUS2.0 BAGI LITERASI BAHASA MELAYU, LITERASI BAHASA INGGERIS DAN NUMERASI BAGI TAHUN 2016

Perkara di atas adalah dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.

2. Bersama-sama ini dilampirkan surat Kementerian Pendidikan Malaysia rujukan KP.LP.007.03.6(2) bertarikh 18 Julai 2016 untuk makluman dan tindakan tuan.

3. Panduan pentadbiran dan instrumen saringan 2 LINUS2.0 telah di hantar melalui emel moe/1bestarinet ke sekolah masing-masing (KODSEKOLAH@moe.edu.my)/ (KODSEKOLAH@1bestarinet.yes.my). Sekiranya masih belom terima, sila hubungi Pegawai Fasilinus mengikut sekolah kawalan masing-masing.

4.  Sebarang pertanyaan sila hubungi Fasilinus matapelajaran masing-masing.

Sekian, terima kasih.

* BAHAN LAMPIRAN EMEL :
1. Surat arahan pelaksanaan KPM
2. Instrumen Numerasi
3. Instrumen LBM
4. Instrumen LBI
5. Target KPI Daerah
6. Panduan Penyediaan Bahan Saringan Numerasi

21 July 2016

BENGKEL PERSEDIAAN PELAKSANAAN SARINGAN 2 NUMERASI DAERAH HILIR PERAK 2016

Sekolah-Sekolah Rendah
Daerah Hilir Perak

Tuan,

BENGKEL PERSEDIAAN PELAKSANAAN SARINGAN 2 NUMERASI DAERAH HILIR PERAK

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.     Dengan ini dimaklumkan bahawa Fasilinus Numerasi, Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak akan menganjurkan sesi Bengkel Persediaan Pelaksanaan Saringan Dua Numerasi. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta maklumat berkaitan prosedur dan tatacara pelaksanaan saringan Linus2.0.

3.     Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk membenarkan

3.1 Seorang guru matematik tahap 1 atau
3.2 Seorang Guru matematik tahap 1 yang belum pernah menjalankan saringan Linus

untuk hadir dalam taklimat tersebut yang akan diadakan seperti ketetapan dalam lampiran

4.     Pegawai tuan layak membuat tuntutan perjalanan mengikut pekeliling sedang berkuat kuasa sekarang. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Muhammad Fadzli bin Mat Zain (Pegawai Fasilinus Numerasi) di talian 013-5154850 atau 05-6221970 sambungan 150.

Kerjasama tuan sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

MUAT TURUN : Surat Panggilan Bengkel

20 July 2016

LINUS 2.0: TINDAKAN DAN PERSEDIAAN SEKOLAH UNTUK SARINGAN 2 LITERASI & NUMERASI, TAHUN 2016

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah
Daerah Hilir Perak
               
Tuan/Puan,

LINUS 2.0:  TINDAKAN DAN PERSEDIAAN SEKOLAH UNTUK SARINGAN 2 LITERASI & NUMERASI, TAHUN 2016

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2.    Tarikh Saringan 2 Linus.2.0 untuk Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 bagi Literasi Bahasa Melayu, Numerasi,  Literasi Bahasa Inggeris dan Saringan Khas 2 Literasi Bahasa Inggeris Tahun 4,  adalah seperti berikut:
    2.1  Tempoh Saringan Membaca:    01 Ogos          hingga 30 Ogos 2016
     2.2 Tempoh Saringan Bertulis   :    19 September hingga 30 September 2016
    2.3 Tempoh  Memasukkan data :    02 Oktober      hingga 14 Oktober 2016
    2.4  Saringan Khas 2 Literasi Bahasa Inggeris Tahun 4:
        2.4.1    Saringan Lisan :     14 -19 Ogos 2016
        2.4.2    Saringan Bertulis :     21 – 26 Ogos 2016
        2.4.3    Memasukkan Data:     28 Ogos – 2 Sept. 2016
         
3.    Mohon pihak  tuan/puan untuk mengambil tindakan-tindakan berikut:
    3.1    Surat makluman kepada ibu bapa dan  penjaga supaya murid-murid  hadir sepanjang tempoh Saringan.
    3.2    Mengadakan perjumpaan bersama JK Linus  sekolah dan Post Mortem Saringan 1.
    3.3    Menggunakan Istrumen Saringan yang lalu sebagai latihan persediaan terutama murid Tahun1 dan Tahun 2 subjek Bahasa Melayu dan Matematik.
    3.4    Menggunakan Target Pencapaian Saringan  2  (Muat turun di linushilirperak2.blogspot.my) untuk  tindakan sekolah.
4.    Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, sila hubungi En Abdul Nasser b. Abdul Majeed , Fasilinus PPD Hilir Perak di talian 0195704567
        
Kerjasama dan tindakan daripada pihak tuan berhubung perkara di atas didahului dengan ucapan terima kasih.

MUAT TURUN : SURAT MAKLUMAN

12 May 2016

PENGAMBILAN INSTRUMEN SARINGAN KHAS 1 (BERTULIS) DAN MUAT TURUN MANUAL PENTADBIRAN SARINGAN

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak
(Sekolah seperti lampiran)

Tuan,

PENGAMBILAN INSTRUMEN SARINGAN KHAS 1 (BERTULIS) DAN MUAT TURUN MANUAL PENTADBIRAN SARINGAN

Bersama-sama ini dilampirkan surat makluman PPD Hilir Perak rujukan PPD.HPK.09/02/03/Jld.4(78) bertarikh 10 Mei 2016.

2. Sehubungan itu, mohon seorang Guru Bahasa Inggeris Tahun 4 untuk hadir ke PPD Hilir Perak bagi mengambil instrumen bertulis mengikut ketetapan di dalam surat makluman.

3. Mohon muat turun MANUAL PENTADBIRAN INSTRUMEN SARINGAN KHAS 1 (BERTULIS) BAHASA INGGERIS melalui pautan dibawah.

Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN :
1. Surat makluman
2. Manual Pentadbiran 

06 May 2016

PELAKSANAAN SARINGAN KHAS 1 (MEMBACA) BAGI PROGRAM LITERASI BAHASA INGGERIS

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah Berkenaan.
(Seperti Lampiran)

PELAKSANAAN SARINGAN KHAS 1 (MEMBACA) BAGI PROGRAM LITERASI BAHASA INGGERIS

Tuan,

Perkara di atas adalah dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.

2. Bersama ini dilampirkan surat PPD.HPK.09/02/03/Jld.4 (69) bertarikh 6 Mei 2016 berkenaan pelaksanaan saringan khas 1 membaca bagi program Literasi Bahasa Inggeris.

3. Sila muat turun Instrumen Saringan Khas 1 Literasi Bahasa Inggeris melalui pautan di bawah.

4. Berikutan dengan pelaksanaan peperiksaan pertengahan tahun, mohon pihak sekolah yang terlibat untuk MENGUTAMAKAN PELAKSANAAN SARINGAN KHAS 1 LITERASI BAHASA INGGERIS mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA. 

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Navin Dave a/l Sreenivasan (Pegawai Fasilinus Literasi Bahasa Inggeris) di talian 017-5137478


Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN 
1. Surat makluman pelaksanaan saringan khas 1 Literasi Bahasa Inggeris
2. Borang pelaporan penguasaan individu tahun 4
3. Instrumen saringan khas 1 membaca 2016

BENGKEL TAKLIMAT PELAKSANAAN SARINGAN KHAS 1 BAGI PROGRAM LITERASI BAHASA INGGERIS TAHUN 4 2016

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah Berkenaan
(Seperti lampiran)

Tuan,

BENGKEL TAKLIMAT PELAKSANAAN SARINGAN KHAS 1 BAGI PROGRAM LITERASI BAHASA INGGERIS TAHUN 4 2016

Perkara di atas adalah dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.

2. Bersama-sama ini dilampirkan surat Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak rujukan PPD.HPK.0902/03Jld.4 (68) bertarikh 6 Mei 2016 berkenaan bengkel tersebut.

Sekian, terima kasih.

Muat Turun : Surat Panggilan Bengkel dan sekolah Terlibat.

25 April 2016

BENGKEL VERIFIKASI DATA LINUS2.0 SARINGAN 1 LBM TAHUN 3, NUMERASI TAHUN 3, DAN LBI TAHUN 1,2 DAN 3 TAHUN 2016

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak

Tuan,

BENGKEL VERIFIKASI DATA LINUS2.0 SARINGAN 1 LBM TAHUN 3, NUMERASI TAHUN 3, DAN LBI TAHUN 1,2 DAN 3 TAHUN 2016

Perkara di atas adalah dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.

Bersama-sama ini dilampirkan surat makluman verifikasi data LINUS2.0 saringan 1 rujukan PPD.H.PK.10/03/Jld2(89) bertarikh 22 April 2016.

2. Segala maklumat dan tindakan yang perlu diambil oleh pihak tuan sila rujuk bahan lampiran muat turun di bawah.

Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN :
1. Surat Makluman Verifikasi Data LINUS2.0 Saringan 1 tahun 2016 dan Senarai Semak
2. Format Muka Hadapan laporan
3. Tapak Laporan Sekolah Saringan 1 tahun 2016
4. Tapak Post Mortem
5. Senarai Semak
6. Format Emel Soft Copy Laporan Saringan

11 April 2016

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 4 TAHUN 2016 - PERUBAHAN PELAKSANAAN SARINGAN LINUS 2.0 MULAI TAHUN 2016 BAGI RENDAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah
Daerah Hilir Perak

Tuan,

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 4 TAHUN 2016 - PERUBAHAN PELAKSANAAN SARINGAN LINUS 2.0 MULAI TAHUN 2016 BAGI RENDAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Perkara di atas adalah dirujuk unruk makluman dan tindakan tuan.

2. Bersama ini dilampirkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia rujukan KPMSP.100-1/7/2(32) bertarikh 31 Hb. Mac 2016.

3. Dengan berkuatkuasanya surat siaran ini, maka surat siaran terdahulu Kementerian Pendidikan Malaysia [KP9BPSH-SPDK)201/005/02 Jld. 4(45) bertarikh 20 Februari 2013] adalah dibatalkan.

Mohon muat turun dan simpan di dalam fail pengurusan LINUS2.0.

Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN DI SINI :

1. Makluman di Portal Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Muat turun Surat Siaran KPM Bilangan 4 tahun 2016

08 April 2016

BENGKEL PEMBINAAN BBM DI SJKT LADANG SUSSEX

BENGKEL PEMBINAAN BBM DI SJKT LADANG SUSSEX

TARIKH : 7 APRIL 2016
TEMPAT : SJKT LADANG SUSSEX
MASA : 2.30 PETANG



 

TAKLIMAT PELAKSANAAN SARINGAN 1 BERTULIS BAGI SARINGAN 1 2016

TAKLIMAT PELAKSANAAN SARINGAN 1 BERTULIS BAGI SARINGAN 1 2016 DAN PENYERAHAN INSTRUMEN BERTULIS SARINGAN 1/2016

TARIKH : 31 MAC 2016
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN ALAMANDA, PPD HILIR PERAK
KEHADIRAN : Penyelaras Program LINUS2.0 sekolah
TETAMU KEHORMAT : Tn. Hj. Sulaiman b. Hj. Samsudin, PPD Hilir Perak



01 April 2016

BAHAN TAKLIMAT SARINGAN BERTULIS LINUS2.0 SARINGAN 1 2016

Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Hilir Perak

Tuan,

Bersama-sama ini dilampirkan bahan taklimat saringan bertulis LINUS2.0 Saringan 1 2016.

Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN DI SINI  : BAHAN TAKLIMAT

30 March 2016

BENGKEL PELAKSANAAN SARINGAN 1 LINUS2.0 (BERTULIS) BAGI PROGRAM LITERASI BM, LITERASI BI DAN NUMERASI BAGI MURID TAHUN 1, TAHUN 2 DAN TAHUN 3, 2016

Semua Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah
Daerah Hilir Perak.

Tuan,

BENGKEL PELAKSANAAN SARINGAN 1 LINUS2.0 (BERTULIS) BAGI PROGRAM LITERASI BM, LITERASI BI DAN NUMERASI BAGI MURID TAHUN 1, TAHUN 2 DAN TAHUN 3, 2016

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2. Sehubungan itu juga, mohon seorang Guru Penyelaras Linus sekolah tuan untuk hadir sesi taklimat dan mengambil instrumen saringan 1 Bertulis mengikut ketetapan berikut

Tarikh : 31 MAC 2016 (KHAMIS)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan Alamanda, PPD Hilir Perak

3. Bersama ini dilampirkan surat panggilan bengkel yang akan diadakan.

Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN DI SINI : SURAT PANGGILAN

01 March 2016

TARIKH SARINGAN LINUS2.0 TERKINI : KEMASKINI PADA 29/2/2016

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak

TARIKH SARINGAN LINUS2.0 TERKINI : KEMASKINI PADA 29/2/2016

Bersama-sama ini dilampirkan tarikh saringan linus yang telah dikemaskini pada 29 Februari 2016.

Sekian, terima kasih
 

 

29 February 2016

INSTRUMEN SARINGAN LISAN DAN MANUAL PENTADBIRAN SARINGAN 1 2016

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak

Tuan,

INSTRUMEN SARINGAN LISAN DAN MANUAL PENTADBIRAN SARINGAN 1 2016

Bersama ini dilampirkan instrumen dan manual saringan 1 lisan 2016.

 

MUAT TURUN DI SINI :

SURAT MAKLUMAN PELAKSANAAN SARINGAN 1 2016

1. INSTRUMEN DAN MANUAL SARINGAN LITERASI BAHASA MELAYU T3

2. INSTRUMEN DAN MANUAL SARINGAN NUMERASI T3

3. INSTRUMEN SARINGAN LITERASI BAHASA INGGERIS (T1, T2, T3)

4.  MANUAL PENTADBIRAN LBI (T1,T2,T3)

19 February 2016

BORANG HEADCOUNT LINUS2.0 DAERAH HILIR PERAK 2016

GURU BESAR
SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HILIR PERAK

Tuan,

Bersama-sama ini dilampirkan borang headcount Linus2.0 Daerah Hilir Perak tahun 2016 untuk kegunaan sekolah.

sekian, terima kasih

MUAT TURUN DISINI : 
BORANG HEADCOUNT LINUS2.0 DAERAH HILIR PERAK

MESYUARAT JK LINUS2.0 DAERAH HILIR PERAK BIL.1 TAHUN 2016

MESYUARAT JK LINUS2.0 DAERAH HILIR PERAK BIL.1 TAHUN 2016


TARIKH : 18 FEBRUARI 2016 (KHAMIS)

TEMPAT : DEWAN ALAMANDA, PPD HILIR PERAK

MASA : 8.00 PAGI



18 February 2016

BAHAN MESYUARAT JAWATANKUASA LINUS2.0 DAERAH HILIR PERAK BILANGAN 1/2016

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak

Tuan,

Bersama-sama ini dilampirkan bahan pembentangan Mesyuarat Jawatankuasa Linus2.0 Daerah Hilir Perak tahun 2016.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Fasilinus Daerah Hilir Perak

Terima kasih.

MUAT TURUN DI SINI :

1. Pembentangan Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak

2. Pembentangan Ketua Fasilinus Daerah Hilir Perak

3. Ranking pencapaian Saringan 2 bagi Literasi BM, Literasi BI dan Numerasi

11 February 2016

LINUS EXCERCISE (WRITING-CONSTRUC 1 TO CONSTRUK 12)

LINUS EXERCISE (WRITING)

Muat Turun : Di Sini


10 February 2016

BAHAN e-MODUL BACAAN eXra - eclectic : Epress Reading Approach

BAHAN e-MODUL BACAAN eXra - eclectic : Epress Reading Approach


Sumber  : Rohayati Haroun & Mohamed Amin Embi

Kaedah e-Xra ini dihasilkan dengan tujuan untuk membantu dan memudahkan ibu bapa dan guru mengajar anak-anak kecil kita supaya dapat membaca dengan cepat lagi ekspres.

Muat turun DI SINI

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN/ TAHUNAN

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN  :

LBM
1.

2.

3. 


LBI

1.

2.

3.


NUMERASI 

1. Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik  - Tahun 1

2. Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik  - Tahun 2

3. Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik  - Tahun 3

___________________________________________________________________________________

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN  : 


LBM 

1. Contoh Rancangan Pengajaran Harian - BM Tahun 1

2.

3. 


LBI

1.

2.

3.


NUMERASI 

1.

2.

3.

 

28 January 2016

KONSTRUK 1 HINGGA 12 : LINUS2.0

KONSTRUK 1 HINGGA 12 : LINUS2.0


Muat turun DI SINI



21 January 2016

KOLEKSI SOALAN-SOALAN SARINGAN LINUS

KOLEKSI SOALAN-SOALAN SARINGAN LINUS :
(muat turun di pautan-pautan di bawah)

TAHUN 2016 

SARINGAN 1 - LISAN

1. INSTRUMEN DAN MANUAL SARINGAN LITERASI BAHASA MELAYU T3

2. INSTRUMEN DAN MANUAL SARINGAN NUMERASI T3 

BAHASA INGGERIS
1. Manual AM Pentadbiran TERKINI

2. Instrumen, manual dan borang pelaporan TAHUN 1

3. Instrumen, manual dan borang pelaporan TAHUN 2

4. Instrumen, manual dan borang pelaporan TAHUN 3

SARINGAN 1 - BERTULIS 

1. MANUAL AM DAN MANUAL PENTADBIRAN :
 INSTRUMEN Literasi Bahasa Inggeris MENULIS SARINGAN 1
Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3

2. MANUAL PENTADBIRAN INSTRUMEN LITERASI BAHASA MELAYU MENULIS SARINGAN 1 TAHUN 3 2016
3.  PANDUAN PENTADBIRAN SARINGAN NUMERASI BERTULIS SARINGAN 1 (SK/SJKC/SJKT) TAHUN 3 2016 

INSTRUMEN BERTULIS :

1. Instrumen Bertulis Numerasi SK/ SJKT SJKC/ Tahun 3
2. Instrumen Bertulis LBM SK/ SJKT/ SJKC/ Tahun 3
3. Instrumen Bertulis LBI Tahun 1
    Instrumen Bertulis LBI Tahun 2
    Instrumen Bertulis LBI Tahun 3 

____________________________________________________________________________

TAHUN 2015

SARINGAN 1 TAHUN 2015

SARINGAN 2 TAHUN 2015

____________________________________________________________________________

TAHUN 2014

SARINGAN 1 TAHUN 2014

SARINGAN 2 TAHUN 2014


____________________________________________________________________________

TAHUN 2013

SARINGAN 1 TAHUN 2013

SARINGAN 2 TAHUN 2013

 ___________________________________________________________________________

TAHUN 2012

LITERASI :
LITERASI SARINGAN KHAS TAHUN 2
LITERASI SARINGAN KHAS TAHUN 3
LITERASI SARINGAN 1_T1
LITERASI SARINGAN 2_T1
LITERASI SARINGAN 3_T1
LITERASI SARINGAN 6_T2
LITERASI SARINGAN 8_T3
LITERASI SARINGAN 9_T3

NUMERASI :

NUMERASI SARINGAN KHAS TAHUN 2
NUMERASI SARINGAN KHAS TAHUN 3
NUMERASI SARINGAN 2
NUMERASI SARINGAN 3/6/9
NUMERASI SARINGAN 8

___________________________________________________________________________

14 January 2016

INSTRUMEN BIMBINGAN PROGRAM LINUS2.0

Instrumen pemantauan LINUS2.0 (Bersasarkan buku Pengoperasian Program LINUS2.0)

Muat turun di pautan di bawah : 

1. Instrumen Bimbingan : Pengurusan

2. Instrumen Bimbingan : Pengajaran dan Pembelajaran

3. Instrumen Bimbingan : Pelaksanaan Saringan

* Rujukan buku pengoperasian Program Linus2.0 muka surat : 64 hingga 72

11 January 2016

BORANG MAKLUMAT PENYELARAS DAN GURU LINUS2.0 TAHUN 2016

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak

Tuan,

BORANG MAKLUMAT PENYELARAS DAN GURU LINUS2.0 TAHUN 2016

Perkara di atas adalah dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.

2. Bersama ini dilampirkan borang maklumat penyelaras dan guru LINUS2.0 yang perlu dilengkapkan oleh penyelaras.

3. Mohon Penyelaras menghantar borang maklumat yang telah dilengkapkan bersama maklumat berikut pada atau sebelum 18 Januari 2016 :

      1. Jadual waktu mengajar guru Literasi Bahasa Melayu Tahun 1 hingga Tahun 3
      2. Jadual waktu mengajar guru Literasi Bahasa Inggeris tahun 1 hingga Tahun 4
      3. Jadual waktu mengajar guru Numerasi Tahun 1 hingga Tahun 3

4. Borang maklumat beserta lampiran perlu dihantar untuk perhatian (u.p : Pegawai fasilinus berikut :

KELOMPOK 1 DAN KELOMPOK 2 :  Pn. Norlaila Bt. Mohd

KELOMPOK 3 DAN KELOMPOK 4 :  En. Nazamuddin b. Abi Madian

KELOMPOK 5 DAN KELOMPOK 6 :  En. Muhammad Fadzli b. Mat Zain

KELOMPOK 7 DAN KELOMPOK 8 :  En. Faddil Azhar b. Mat

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Muhammad Fadzli b. Mat Zain (Pegawai FasiLINUS Numerasi) di talian 013-5154850.

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN : borang maklumat penyelaras dan guru linus2.0


KPI PROGRAM LINUS2.0 *MULAI TAHUN 2015


KPI LINUS2.0 MULAI TAHUN 2015 : MUAT TURUN DI SINI